Monday, January 31, 2011

SajAK dAN lAGu!!!!

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.

Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.

Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna,
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.

Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga,
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa,
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.

Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa,
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.

Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi,
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.

Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru,
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.

Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara,
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.

No comments:

Mohd Aiman Othman

Mohd Aiman Othman

Syarifah Nur Hazirah dan Hanani

Syarifah Nur Hazirah dan Hanani

Nur Syazana Najihah

Nur Syazana Najihah

Ikrar

Bismillahhirrahmannirrahim

Bahawasanya
kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami daripada segala mala petakajin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

Motto

Kata Bersahut, Gayong Bersamb

Sekiranya musuh bersilat menggunakan kata-kata, maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong.ut

Aktiviti yang dilakukan

Majlis Ikrar di Kelab Silat Gayong PLKU, Taman Kajang Utama pada hari Sabtu, 3 Julai

Ujian Silat 2010 diadakan di UKM Bangi pada 1 Ogos 2010

Aktiviti Perancangan

Buat persembahan